sahabat

assalamualaikum.
teman,
InsyaAllah, Tak Mampu Ku Hindari akan diterbitkan. dalam versi cetak. Kalau tidak ada aral melintang, dalam tahun ini jugak. J
adi, aku harap terjawablah sudah segala soalan dan pertanyaan tentang mengapa aku tidak menyambung TMKH yang terhenti di bab 36.
ikhlas, sofi.

Wednesday, February 10, 2010

44. Di mana ku cari ganti?

Salam.
Lama tak luah perasaan, hehe
Asyik sibuk memanjang dengan tmkh, edit edit dan edit lagi dan lagi
Sekolah pulak bz ngan persediaan untuk sukan tahunan
Aduiiiii...penatnyerrrrrrrrrrrr
Maklum dah veteran, kan
Badan pun dah lemah hehe
Dalam melayan blog dan tmkh, sempat gak aku berfacebook. Haha, cikgu sofi berfb! Ha,ah! Ramainya kawan tapi kebanyakannya anak muridlah!
Ada sorang murid aku ni namanya Afif, ambik SPM tahun 2004. Skrg buat Diploma Marine Engineering kat UniKL di Lumut. Dia kata, masa dia sekolah dulu akulah cikgu dia yang paling garang... sebab tu tak minat fizik. Hah! Aku garang rupa-rupanya. Baru sedar diri, hehe. Habis tu, aku tanya dia, sekarang kat UniKL tu bukan subjek fizik ke? Gelak besar dia! Sebab cikgulah!!! Adoi..tak faham aku tapi rasa banggalah jugak
Lepas tu chat pulat ngan best student tahun 2007, Dak cina. Tapi sama tarikh lahir ngan aku (kecuali tahunlah!) dan sama-sama gak minat Manchester United. hehe.. Usha dia...cikgu garang tak masa ngajo kamu? Jawab dia...Mana ada! Cikgu antara yang paling lemah lembut! Pulak dah! Keliru, keliru....
Aku buat kesimpulan begini...
Cikgulah pelakon handalan. Pelbagai watak mampu kami lakukan demi untuk menarik minat murid belajar. Tapi sebenarnya, semakin meningkat usia, semakin sukar untuk menjadi garang. Maklumlah, diri sendiripun ialah seorang ibu, jadi anak murid dah macam anak sendiri.
Satu lagi cerita, ada satu tahun ni aku dapati murid2nya memang x boleh duduk diam. Asyik nak bergerak ke sana ke sini. Tak kira murid lelaki atau perempuan, sama aje. 
Macam....... Rupa-rupanya, memang pun! Bila dilihat dalam kalender Cina..diorang tu sume lahir tahun monyet, hehehe...Patutlah tak lekat diorang sume ni duduk kat kerusi!!!! Isy, jangan caya, k...Khurafat!!!!
Bercakap tentang karenah anak murid yang pelbagai memang seronok. Macam-macam ada! 
Aku jugak nak ambik sikit masa pagi ni untuk mengenang kembali kisah-kisah yang dah berlaku di sekelilingku. 
Membaca n3 terbaru di blog resepirahsiaku, hati tersentuh. Sebuah lagi rumahtangga runtuh. Sebuah lagi mahligai yang dibina roboh. Tidak usah mencari punca, cukup sekadar bertanya mengapa? Bagaimana? Apa? Di mana?
Mengapa? Ya, mengapa terjadi? 
Mudah sahaja jawapannya. Allah menghendakinya begitu. 
Bagaimana? Bagaimana apa? Bermula? Berakhir? 
Ada dua pihak di sini, saling menuding jari. Ko salah, aku betul! Tapi, sebenarnya, bila rasa cinta itu sudah tiada, semuanya salah dan tidak betul lagi...
Apa? Ya, apa sebenarnya? Apa yang dicari lagi oleh si isteri setelah mendapat suami yang boleh dikawalnya, menurut segala mahunya malah boleh diherdik, dimarah, dikutuk tanpa ada rasa ingin melawan oleh si suami? 
Benarlah, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada!
Di mana? Di mana kan dicari ganti? Masing-masing mungkin akan mendapat pengganti namun bagai dikata oleh Allahyarham P Ramlee, 
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, 

Selama-lama........

Sunday, February 7, 2010

Cintaku satu 20

Dahi lelaki itu berkerut-kerut memerhati diri seorang gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran. Hatinya tersentap. Berdebar-debar. Fikirannya kalut. Penuh rasa hairan memandang gadis itu yang seakan-akan sudah mengetahui ke mana kaki akan diatur untuk melangkah.
Melihat senyuman yang tersungging di bibir itu, seluruh perasaannya bergetar. Manis sungguh! Namun kepada siapakah ia ditujukan?
“Ana!”
Suatu laungan bergema. Sepasang mata lelaki itu cuba mencari-cari dari arah mana suara itu datang. Ahh, pencariannya tidak lama! Di suatu sudut yang agak tersorok, dia dapat melihat kelibat seorang lelaki yang sedang melambai-lambaikan tangan kanannya ke arah gadis itu. Dan gadis bernama Ana itu? Gadis bertudung biru, berseluar jean dengan sehelai kemeja T berlengan panjang tersarung di badannya? Terus sahaja dia melangkah penuh yakin ke meja itu.
....................................................................................................................................................................
“Dah lama tunggu?” Nurul Hana bertanya kepada lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.
Senyuman Azim semakin melebar.
“Ana pergi mana? Sesat ke? Dah dua jam Ana lewat, tahu tak?” soalnya.
Giliran Ana pula untuk tersengih. Sesat? Nak sesat apanya kalau dia menaiki teksi untuk ke sini tadi? Beritahu sahaja kepada pemandu teksi itu bahawa dia hendak menjamu selera di Saloma Bistro, tentu dia akan terus dihantar ke sini. Cuma.....bukan itu yang dibuat olehnya.
Sebaik mendapat panggilan daripada Azim tadi, Ana perlu merencana semula siasatannya!
Kali pertama bertemu minggu lepas, tidak banyak yang dapat dia cungkil daripada lelaki ini. Asyik-asyik Azim sahaja yang bercakap! Tidak habis-habis meluahkan segala perasaannya terhadap Ana. Tidak sudah-sudah melahirkan penyesalan kerana melepaskan Ana kepada Taufik. Asyik menceritakan betapa kecewa hatinya, betapa dia tidak bahagia tanpa Ana di sisi.
Waktu itu, Ana rasa bagai ingin sahaja dia menyumbat telinga dengan kapas. Dia malas mendengar namun apa daya? Kerana rahsia itu....dia terpaksa.
Jadi, dalam keterpaksaan ini, dia datang lagi.
“Ana sesat ke?” sekali lagi Azim bertanya soalan yang sama.
“Ala, pakcik teksi tu! Ana naik, dia tak tanya apa-apa pun. Asyik sibuk cakap kat telefon. Dah dekat lima minit, dah dia habis cakap baru nak tanya. Ana cakaplah nak ke sini, kan. Terus dia berhenti kat tepi jalan. Entah kat manapun, Ana tak tau.”
“Lepas tu?”
“Ada hentian bas kat depan, Ana pun naiklah. Tup-tup, bas tu dalam perjalanan nak ke Cheras.”
“Ana ke Cheras?” Azim mengeluh.
Ana ketawa. “Sori, okey. Hari ini Ana pusing-pusing satu KL sebelum sampai sini, hehe.”
Azim menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa tak call Azim? Boleh Azim ambik Ana! Kesian kat Ana! Penat ke, sayang?”
‘Adui! Dia dah mula dah...’ keluh Ana dalam hati.
“Nanti Azim urut Ana, ya?”

Tuesday, February 2, 2010

Kau bukan dia 10 – Episod terakhir

Walau jam sudah melewati angka 11.00 pagi, suasana di pejabat itu amat tenang. Hanya sesekali kelibat beberapa orang kakitangan akan kelihatan berbual-bual atau berbincang. Selepas beberapa ketika perbincangan itu pun tamat dan mereka bersurai. Keadaan akan kembali damai.
Di luar, cuaca panas bulan Februari berterusan. Hendak dikatakan kemarau, tidak juga! Namun teriknya seakan-akan membakar diri. Keringat pasti menyimbah tubuh andai seorang berjalan di ruang pejalan kaki yang sesak itu.  
Siti Umairah melemparkan pandangan di sepanjang jalan yang dipenuhi dengan kenderaan. Kereta, motor, bas mahupun lori merangkak perlahan-lahan akibat kesesakan yang tidak pernah tidak berlaku di persimpangan Jalan Pinang di hadapan. Rasa kasihan menular di dalam hati melihat betapa setia dua orang anggota polis bahagian trafik yang bersungguh-sungguh mengawal di situ. Panas atau hujan bagaikan sudah terbiasa. Tugas yang diamanahkan cuba dilakukan sebaik mungkin demi sesuap nasi untuk keluarga yang tersayang.
Keluarga? Mereka punya keluarga. Bila pulang ke rumah, ada anak, ada isteri yang setia menanti mereka di rumah. Aku? Suamiku dah tak ada.
Sampai bila meratapi nasib?
“Macamlah Maira sorang ada masalah. Orang lain semua tak ada.” Pedihnya kata-kata yang Helmi ucapkan kepadanya, masih terngiang-ngiang di telinga.
Arghh, Helmi Qushairi Ali. Ikut sedap mulutnya sahaja hendak mengata. Apa yang dia tidak berkenan tentang Siti Umairah binti Hj Ramli akan terus sahaja diberitahu. Amat berterus terang tanpa mengambil kira sama ada apa yang diucapkan itu akan menyakitkan wanita itu ataupun tidak. Kata-kata tidak langsung beralas. Tergurislah hati, peduli apa dia.